Pantun Nasihat :
Apa guna berkain batik
kalau tidak dengan sucinya;
Apa guna beristeri cantik
kalau tidak dengan budinya
Pulau Pandan jauh ke tengah
gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah
budi baik dikenang jua
Siakap senohong
gelama ikan duri;
Bercakap bohong
lama-lama mencuri
Pisang emas dibawa belayar
masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar
hutang budi dibawa mati
Tenang-tenang air di laut
sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut tersebut
budi baik rasa nak sanjung
Tingkap papan kayu bersegi
sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi
tinggi bangsa kerana bahasa
Ada ubi
ada batas;
Ada budi
ada balas
:: Menabur Cinta ::
menaburkan setaman cinta
untuk kerlip cahaya~Mu
meleleh keimananku
satu dalam seribu
lelah jiwaku kelu
haruskah bisu
mengunci
biru
~~
09.10.13
0 komentar:
Posting Komentar